Rakan Strategik
Klinik Wildan berbesar hati bekerjasama dengan institusi dan syarikat terkemuka bagi menaik taraf akses perkhidmatan perubatan untuk semua lapisan masyarakat.
Terengganu Football Club (TFC)
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
Mendokong Visi Kesukanan Negara
Klinik Wildan berbangga melangkah ke setapak lagi inovasi kesihatan komuniti melalui jalinan kerjasama strategik bersama kelab bola sepak gergasi Pantai Timur, Terengganu FC.
Pemantauan Perubatan Profesional
Penyediaan servis saringan perubatan komprehensif, rawatan kecederaan, dan penilaian kecergasan khusus buat pemain dan barisan kejurulatihan.
Sinergi Kesihatan Komuniti
Melaksanakan kempen kesedaran gaya hidup sihat yang dianjurkan bersama pemain ikonik kelab untuk menyantuni komuniti setempat.
Rakan Strategik & Panel Perubatan
Kami mengalu-alukan jalinan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan, korporat dan penyedia kemudahan rawatan tanpa tunai (Panel/TPA).